Monday 19 December 2011

MESIN JAHIT

JENIS-JENIS MESIN JAHIT
A. MESIN JAHIT TANGAN
~ Harganya murah dan mudah dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan di mana-mana permukaan rata.
~ Kekurangannya ialah kerja lebih lambat kerana ia dipusing dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang jahitan.
B. MESIN JAHIT KAKI
~ Mesin jahit kaki lebih mahal dari mesin jahit tangan. Ia dipasangkan pada rangka keluli dan dijalankan dengan rangka keluli dan dijalankan dengan gerakan tertentu ke atas dan ke bawah oleh kedua-dua kaki. Dengan cara ini, kedua-dua tangan boleh memegang jahitan ketika menjahit.
~ Terdapat bahagian khas/kabinet untuk menyimpannya dan apabila ditutup, ia boleh dijadikan meja yg berguna.
D. MOTOR ELEKTRIK
~ Sebuah motor elektrik boleh dilekatkan pada mesin jahit tangan/mesin jahit kaki. Dengan menggunakan kuasa elektrik, mesin ini boleh diginakan untuk menjimatkan masa dan tenaga. Had lajunya boleh dikawal dengan mengubah tekanan kaki.


E. MESIN JAHIT AUTOMATIK
~ Ia adalah mesin jahit yg paling mahal dan paling canggih. Ia boleh dijalankan dengan menggunakan kuasa elektrik/dijadikan mesin jahit kaki.
~ Pelbagai jenis mata jahitan ( jahitan biasa dan hiasan ), corak serta mata jahitan sulaman, tanda-tanda pola dan proses seperti menjahit butang/lubang butang dapat dilakukan oleh mesin jahit automatik ini. 
~ Mesin jahit automatik memerlukan kecekapan menggunakannya.

No comments:

Post a Comment