Tuesday 20 December 2011

CARA MEMBUANG KESAN TANDA PADA FABRIK


KESAN DARAH, TELUR & SUSU
- Rendam beberapa jam di dalam air sejuk yg telah dicampurkan dengan garam (1 camca besar kepada 1/2 liter air). Bilas. Sekiranya fabrik itu tidak ada apa-apa campuran lain, bolehlah direbus. Kesan tanda darah baru selalunya boleh dibuang dengan menyapukan campuran kanji dan air ditempat terkena darah. Biarkan beberapa minit dan kemudian basuh bersih. Jika tanda tidak hilang, lembutkan ia dengan campuran minyak kastor ke dalam air suam.
KESAN TEH, KOPI & KOKO
- Cuci dengan segera untuk mengelakkan ia bertanda. Tuangkan air mendidih ke atas tanda daripada sebelah dalam. Jika tanda masih degil, tutupkan dengan sabun di atas tanda dan biarkan selama sejam sebelum dibasuh. 
KESAN JUS BUAH-BUAHAN
- Tanda baru diatas kain putih hendaklah direnggangkan di atas mulut cawan/mangkuk. Letakkan garam diatas tanda itu. Curahkan air mendidih diatas tanda, bilas bersih. Jika tanda telah kering, renggangkan bahagian yg bertanda itu diatas mulut cawan/mangkuk. Gosokkan salt of lemon/limau yg dicampur garam. Gunakan sudu plastik kerana logam akan bertanda. Jiruskan air mendidih. Kemudian jiruskan larutan lembut amonia/gosokkan soda bikarbonat untuk menyebatikan asid. Basuh, rebus dan bilas. Untuk fabrik kapas yg berwarna, letakkan ped dibawah tandadan gosokkan  gliserin. Rendam dalam air suamdengan mengcampurkan 1sudu kecil borox bagi tiap-tiap 1/2 liter air. Basuh dan bilas bersih. 
KESAN DAKWAT
- Letakkan dibawah air mengalir untuk mengeluarkan seberapa banyak dakwat yg boleh. Untuk tanda dakwat yg telah kering, letakkan ped dibawah tanda. Sapukan jus limau dan garam, biarkan beberapa jam. Ulang beberapa kali sehingga tanda itu keluar. Basuh/rebus. Jika tanda tidak keluar, gunakan salt of lemon /asid oksalik dan sebatikan dengan soda bikarbonat/larutan amonia yg lembut. 
KESAN BALL-PEN
- Letakkan ped dibawah tanda dan dengan menggunakan span,sapukan methylated spirit, benzin, karbon tetra klorin/trichlorethylene. Basuh/rebus dan bilas bersih. Jika tanda tidak hilang, rendam dalam larutan 1 sudu kecil pemutih hiposulfita bagi tiap-tiap 1/2 liter air suam.
KESAN TANDA RUMPUT
- Sapukan dengan spirit ( mudah terbakar ) hingga warna hijau hilang.
KESAN TANDA HANGUS
- Punca tanda hangus adalah disebabkan oleh haba kering. Basahkan bahagian itu dan sapukan sabun ke atas tand. Letakkan di bawah matahari untuk melunturkannya. Ulang sekali lagi hinggalah bekas hangus itu hilang. 
KESAN TAHI LALAT/KULAT
- Jika baru, cuci dalam air sejuk. Sapu dengan sabun keseluruhan bahagian yg bertanda dan letakkan di bawah cahaya matahari. Ulang sekali lagi jika perlu. Untuk kulat yg masih tidak keluar, rendam dalam campuran peluntur yg lemah/campuran hidrogen peroksida ( 1 camca besar hidrogen peroksida ke dalam 6 camca air ( beracun) ).
KESAN KARAT
- Ubat tanda karat dengan menyapukan limau diseluruh tanda dan lunturkan dibawah cahaya matahari. Cara yg lain ialah meletakkan salt of lemon diseluruh tanda kering dan tuangkan air mendidih kepadanya. Jika tanda-tanda menutupi bahagian yg besar, rendamkan ke dalam campuran asid oksalik.
KESAN LILIN
- Kikiskan seberapa banyak yg boleh dengan pisau tumpul. Letakkan tanda diantara kertas dan seterika dengan sentiasa mengubah kertas supaya dapat meresap lilin yg cair.
KESAN MINYAK & LEMAK
- Rendam dalam air panas bersabun untuk meresapkan minyak/lemak yg berlebihan. Cuci fabrik yg sesuai dengan buih sabun  yg banyak dan air panas. Letakkan tanda diatas kertas yg bersih dan sapukan tanda dengan minyak tanah. Cuci daripada luar tanda ke tengah hinggalah tanda hilang.
KESAN CAT
- Kikiskan seberapa banyak cat yg boleh dan sapu dengan minyak turpetin. Buangkan tanda turpetin dengan minyak tanah.
KESAN CAT MINYAK
- Letakkan ped/kertas lap yg tebal di bawah tanda. Dengan menggunakan span, letakkan parafin/turpetin. Gosokkan. Basuh dengan bahan pencuci dan bilas bersih.
KESAN CAT KUKU & CAT SELULOSA
- Gosokkan dengan aseton dengan menggunkan span. Basuh dan bilas bersih. Jika cat sudah kering,rendamkan dengan methylated spirit, kemudian barulah dibasuh dan dibilas.
 
 




No comments:

Post a Comment