Monday 19 December 2011

JARUM DAN BENANG

JARUM...


... Jarum boleh didapati dalam pelbagai ukuran panjang, kasar dan bentuk matanya. Untuk Jarum tangan, lebih besar jarum lebih rendah nombornya dari jarum yang halus. Jarum yg kasar (4, 5, 6) digunakan untuk menjahit fabrik-fabrik yg tebal dan benang yg kasar. Untuk jahitan am, gunakan jarum nombor (7, 8, 9) ...
... Jarum terdapat dalam pelbagai jenis. Jarum yg sederhana panjang dan matanya berbentuk bujur dipanggil SHARPS. Jarum ini sesuai untuk jahitan am. BETWEENS lebih pendek dari SHARPS. Ianya sesuai untuk menjahit jahitan yg halus MILINERS sama panjang dengan SHARPS dan sesuai untuk jelujur Crewels atau calyx-eyed-sharps mempunyai mata yg panjang dan sesuai untuk menyulam. Matanya yg besar disesuaikan untuk benang sulam masuk di dalamnya...
...Jarum mesin berbeza dengan jarum tangan. Lebih besar nombornya lebih kasar jarumnya...


JARUM PENITI...


...Jarum peniti berukuran 3cm . Yang halus dinamakan SILK PINS atau DRESSMAKER'S PINS. No 15 dan 16 sesuai untuk semua jenis fabrik. Untuk fabrik tebal, nombor 14 digunakan. GLASSHEADS PINS paling tajam tapi jarang digunakan kerana kepalanya mudah patah kerana ia diperbuat dari needle rejects....
...Jika tidak dijaga, jarum dan jarum peniti akan berkarat. Simpan jarum dan jarum peniti di dalam kotak khas yang dilapik dengan kain panas (flannel) atau fabrik bulu biri ataupun sekeping kertas supaya kelembapan dapat diserap dan menggelakkan jarum dan jarum peniti dari berkarat....


BENANG JAHIT...


...Benang jahit diperbuat daripada sutera, kapas,nilon dll. Benang boleh didapati dengan pelbagai ukuran kasarnya. Pilih benang yg paling baik kualitinya untuk menjahit pakaian  kerana tahannya suatu benang itu menentukan lamanya kain itu boleh tahan. Benang jahit dijual berbuku dan ditanda dengan nombor. Benang yg kasar mempunyai nombor yg kecil. Benang nombor 50 digunakan untuk kebanyakkan jenis jahitan. Benang mempunyai banyak warna dan pilihlah warna yg paling dekat dengan fabrik apabila menjahit fabrik yg berwarna. ...
JENIS-JENIS BENANG
a) Benang Kapas Merserais


~ diperbuat dari kapas dan telah dikilatkan. Sesuai untuk kebanyakkan jenis mata jahitan.
b) Benang Sutera


~ digunakan untuk fabrik halus seperti sutera. Ia sesuai untuk jahitan sementara kerana ia tidak menandakan fabrik yg dijahit kerana warnanya tidak luntur. Benang sutera licin dan mudah ditarik darpda beberapa lapisan fabrik apabila dijahit.
c) Benang Nilon 
~ Sesuai untuk fabrik-fabrik yg ada campuran nilon. TASLAN sesuai untuk semua jenis fabrik nilon dan mengelakkan kelimnya daripada berkedut kerana benang ini memeri sedikit seperti benang getah. Benang nilon boleh digunakan untuk jahitan sembat. Jika menggunakan benang nilon jangan sesekali menggunkan seterika yg panas.
d) Benang Getah 
~ Hanya digunakan untuk gelendong sahaja. Ia digunakan untuk membuat kedut-kedut seperti shirring
e) Benang Lubang Butang (Buttonhole Twist)
~ Benang yg paling kukuh untuk menjahit butang-butang dan lubang butang. Ia boleh digunakan untuk mengedutkan fabrik.
f) Benang Sulam ( Embriodery Silk/Stranded Cotton )
~ Digunakan untuk menyulam. Benang sulam lebih lembut dari benang-benang yg lain.


STILETTO...
...Alat yg tajam hujungnya boleh dipanggil pengcungkil atau penetas mata jahitan dan digunkan untuk menetas/membuka mata jahitan. Alat yg berlubang dihujungnya digunakan untuk menebuk lubang butang kecil ( eyelets )...


SARUNG JARI...


...Sarung jari menggelakkan jari dari tercucuk apabila menjahit. Jahitan tangan akan menjadi lebih elok. Sarung jari dipakai pada jari hantu yg memegang jarum. Pilih sarung jari yg tahan lama. Sarung jari yg diperbuat daripada keluli lebih tahan dari plastik. Cari sarung jari yg betul-betul padan pada jari hantu. Jika terasa seolah-olah sarung jari hendak tertanggal, basahkan sedikit dengan hujung jari ( akan melekatkan sarung jari pada jari si pemakai )...

1 comment:

  1. The King Casino Resort - Hertzaman
    Find the perfect place to https://access777.com/ stay, 바카라사이트 play, and unwind goyangfc.com at Harrah's Resort Southern California. herzamanindir.com/ Get worrione your points now!

    ReplyDelete