Tuesday 20 December 2011

FABRIK SUTERA



SUMBER GENTIAN SUTERA
- Negara-negara yg mempunyai iklim yg sesuai utk penternakan ulat sutera dengan cara dagangan : Jepun, Korea, China, Itali, India, Turki dan Brazil. Negara Iran, Turki, Syria dan Lubnan mengeluarkan gentian sutera dari kepompong. Negara Perancis hanya menternat ulat sutera dan mengeluarkan kepompong. England mengeluarkan sedikit gentian sutera yg telah ditarik dari kepompong.


SUMBER FABRIK SUTERA
- Negara Jepun, Korea Selatan, China, Itali dan India mengeluarkan fabrik yg cantik. Daerah-daerah utara Iran membekalkan ternakan ulat sutera kepada daerah-daerah di Negara Rusia selatan. Sekarang negara Perancis tidak penting dalam pengeluaran fabrik suteranya. England mempunyai sebilangan kecil unit yg mengeluarkan  gentian sutera untuk pasaran tempatan.


JENIS-JENIS SUTERA
- Sutera : Merujuk pada benang asli yg didapati dari ulat sutera.
- Sutera Segenapnya : Merujuk kepada fabrik yg tidak dicampur dengan gentian tekstil yg lain.
- Sutera Tulen : Di mana bahan untuk menambahkan berat fabrik tidak dicampurkan kecuali yg telah dicampurkan dengan pencelup.
- Sutera Tulen Yg Dicelup : Bahan yg menambahkan berat fabrik tidak digunakan meskipun dalam pencelup.
- Sutera Yg Dipintal : Menghuraikan fabrik yg ditenun daripada sisa sutera yg pendek sekali yg didapati semasa proses pemintalan dilakukan. Panjang sutera ini adalah 1.5-20cm jika dibandingkan dengan panjang asal benang sutera yg berukuran diantara 350-1000 meter.


CONTOH PRODUK SUTERA
KAIN SUTERA YG MAHAL, EKSLUSIF DAN LEMBUT



No comments:

Post a Comment