Tuesday 20 December 2011

FABRIK RAYON

- Dikenali sebagai "Sutera Tiruan". Diperbuat secara kimia dari sumber-sumber asli. Bahan asas untuk membuat rayon ialah selulosa dari pulpa kayu/gentian kapas yg penduk.

Rayon Asetat Selulosa

Kebaikan
- Mudah menyerap lembapan ( sejuk apabila dipakai ).
- Ia lembut dan boleh digantungdan dipakai dengan elok.
- Harganya sederhana dan rupanya menarik.

Kelemahan
- Rayon lebih lemah semasa basah daripada kering.Oleh itu jangan diperah, dipintal/ditarik semasa basah.
- Ia mempunyai sedikit kuasa 'pegas' dan oleh itu mudah renyuk kecuali jika diberi kemasan khas.
- Rayon asetat tidak tahan jika kena haba.


Rayon Triasetat


Kebaikan
- Ia adalah termplastik, iaitu haba boleh mengelakkan lisu dan renyuk dengan cara yg sama seperti gentian buatan.
- Ia mempunyai takat mencair yg lebih tinggi daripada asetat, nilon atau terylene.
- Ia tahan jika terkena air didih dan cahayanya tidak hilang apabila terkena air didih.


Kelemahan
- Sungguhpun ia kecut dan cair seperti gentian buatan ia juga terbakar dan menyala seperti rayon yg lain.
- Ia ada kemungkinan untuk dicas dengan kuasa elektrostatik.
- Ia kurang menyerap lembapan jika dibandingkan dengan gentian asli. Oleh itu fabrik untuk pakaian dalam wanita yg dibuat daripada triasetat hendaklah mempunyai binaan jersi/kait longsin.


Menjaga Rayon.
- Baca dan patuh pada arahan yg ada pada label yg dilekatkan pada fabrik/pakaian.
- Basuh dalam air yg sederhana panas yg bersabun /seperti yg dinyatakan dalam label.
- Rayon boleh dibasuh dengan mesin basuh kain mengikut arahan pembuat fabrik mengenai panjang masa dan suhu basuhan.
- Rayon Triasetat : Pakaian yg dilisu tetap hendaklah dibasuh dengan tangan dan dikeringkan. Oleh kerana gentian ini termoplastik fabrik hendaklah dibilas dengan air sejuk sebelum mengeringkannya di dalam alat pengering berpusing, jika tidah , fabrik akan renyuk kekal dan berupa kasar.
- Seterika di sebelah dalam dengan seterika yg sederhana panas.

No comments:

Post a Comment