Tuesday 20 December 2011

FABRIK BULU BIRI

SUMBER
- Gentian bulu biri-biri datang dari Australia, New Zealand, Afrika Selatan, dan Argentina.

JENIS FABRIK YG DIBUAT DARIPADA BULU BIRI-BIRI
- Fabrik Bulu Biri-Biri : Fabrik yg rapat yg berdaging hangat dibuat daripada bulu biri-biri yg belum diproses dan bulu biri-biri biasa.
- Fabrik Worsted : Fabrik halus yg menarik yg dibuat daripada bulu biri-biri baharu.
- Jersi Bulu Biri-Biri : Fabrik berkait mesin daripada benang yg telah dipintal.
- Felt : Halus dan kasar.
- Fabrik Pail : Misalnya permaidani.

CIRI-CIRI GENTIAN BULU BIRI-BIRI
- Gentian bulu biri-biri adalah bulu asal kambing biri-biri. Mutu dan panjangnya berlainan mengikut jenis kambing (Merino-paling baik). Gentian yg pendek adalah lebih halus dan panjangnya antara 5-30cm.
- Tiap-tiap gentian disalut sisik-sisik yg bertindih tetapi tidak berpintal. Gentian tidak lurus tetapi berombak/kerinting dan ini menyebabkan benang bulu biri-biri mempunyai kuasa 'pegas'.
- Bulu biri-biri yg belum diproses mengandungi gris asli daripada kulit binatang (dimana lanolin didapati dan bendasing seperti kotoran dan bijian yg tergantung pada bulu biri-biri.

KEBAIKAN GENTIAN BULU BIRI-BIRI
- Kerinting asli pada tiap-tiap gentian menyebabkan benang yg dipintal tersangkut dengan rapat dan fabrik tegap untuk dipegang. Ini menyebabkan fabrik bulu biri-biri tidak mudah berjerumbai dan yarn kait tidak mudah terbahagi.
- Fabrik bulu biri-biri hangat apabila dipakai kerana urat bulu yg berada pada bulu biri-biri memerangkap udara yg bertindak sebagai penebat haba.
- Kekenyalan membuat fabrik yg siap tidak renyuk. Renyuk yg teruk boleh dihilangkan dengan menggunakan seterika dan kain lembab.
- Pakaian bulu biri-biri menolong memelihara suhu badan.
- Bulu biri-biri tidak mudah terbakar. Oleh itu fabrik ini sesuai untuk kanak-kanak.

KELEMAHAN GENTIAN BULU BIRI-BIRI
- Apabila basah,gentian menjadi lembut dan akan memeri jika tidak dikawal.
- Jika tidak dibasuh dengan betul, sisik-sisik gentian akan tersangkut dan tidak boleh dibetulkan semula.
- Fabrik bulu biri-biri boleh dikecutkan oleh suhu yg terlalu panas, menggosok ketika basah dan menggunakan alkali ( soda ) dalam air basuhan.

MENJAGA FABRIK BULU BIRI-BIRI
- Berus untuk menghilangkan habuk-habuk.
- Jangan biarkan fabrik menjadi terlalu kotor (akan menyebabkan menggosok dengan kuat ketika membasuh yg boleh merosakkan fabriknya )
- Basuh fabrik dalam air suam dan sabun tulen dengan mengepal dan meramas pakaian dengan tangan dan jangan menggosok pakaian. Bilas dengan air suam.
- Jangan perah. Gulung fabrik dalam tuala/masukkan fabrik sebentar ke dalam alat pengering berpusing untuk mengeluarkan lembapan yg berlebihan.
- Bentukkan pakaian perlahan-lahan semasa masih lembap.
- Jangan keringkan dalam cahaya matahari secara langsung.
- Tekan perlahan-lahan dengan seterika yg hangat disebelah dalam fabrik.

No comments:

Post a Comment