JAHITAN KIA
JAHITAN JELUJUR HALUS
JAHITAN JELUJUR KASAR
JAHITAN JELUJUR PANJANG PENDEK
JAHITAN JELUJUR TEGAK
JAHITAN TANDA
JAHITAN SEMBAT
JAHITAN TIKAM JEJAK
JAHITAN SEMBAT SUSUP
Ø Digunakan memula dan
menyudahkan jahitan tangan yang tetap di pakaian.
Ø Mata jahitan sangat kukuh dan rapat serta
boleh menggantikan jahitan mesin.
Ø Jahit dari kanan ke
kiri dan mulakan jahitan pertama seperti jelujur halus. Bawa jarum balik ke
mata jahitan pertama dan kemudian bawa ke hadapan semula. Ulang mata-mata
jahitan ini tetapi tentukan sudut-sudut di sebelah dalam akan bertindih pada
arah yang sama seperti jahitan batang.
JAHITAN JELUJUR HALUS
Ø
Ukuran
mata jahitan 2mm hingga 5mm.
Ø
Digunakan
untuk mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan,dan keruk leher dll.
Ø
Mulakan
dengan mata jahitan kia dan jahit dari kanan ke kiri. Matikan jahitan dengan
jahitan kia.
JAHITAN JELUJUR KASAR
Ø Digunakan untuk menandakan garisan pola di
pakaian, menunjukkan tempat misalnya melekatkan kocek, menentukan tempat
lipatan fabrik serta bahagian-bahagian pakaian sebelum dijahit.
Ø Jelujur kasar
panjangnya 5mm hingga 1.25mm.
Ø Mulakan dengan jahitan kia dan jahit dari
kanan ke kiri. Panjang jelujur kira-kira 1cm pada sebelah dan 5mm pada sebelah
lagi. Matika dengan jahitan kia.
Ø Jelujur kasar ialah
jahitan sementara.
JAHITAN JELUJUR PANJANG PENDEK
Ø Digunakan untuk menanda garisan untuk jahitan.
Ø Ia lebih sesuai dan
kukuh untuk fabrik yang lembut dan licin.
Ø Mulakan dengan
jahitan kia, dari kanan ke kiri. Jahit 2 mata jahitan kira-kira 5mm panjang
sekaligus kemudian satu mata jahitan panjang kira-kira 1cm. matikan jahitan
dengan jahit kia.
Ø Jelujur kasar ialah
jahitan sementara.
JAHITAN JELUJUR TEGAK
Ø Mata jahitan ini juga dikenali sebagai jelujur
serong.
Ø Digunakan untuk
menetapkan beberapa lapisan fabrik supaya betul-betul rata misalnya membuat kolar,
ikatan pinggang mahupun untuk menetapkan interfacing lining dan kapas untuk
membuat jaket.
Ø Letakkan fabrik yang
dijahit atas permukaan. Jelujur dengan tidak payah diangkat fabrik. Gunakan
untuk menetapkan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betul-betul rata.
JAHITAN TANDA
Ø Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda,
cabang-cabang atau garisan pola pada bahagian
pakaian yang berlapis dua atau lebih dengan tepat.
Ø Mulakan dengan 2
lembar benang di jarum dan jahit satu mata jahitan melalui bentuk kertas dan 2
lapisan fabrik jahitan. Patah balik jahit ke belakang tetapi jangan ditarik
benang tegang-tegang. Tinggalkan satu gelung dan cucuk jarum keluar ke pola
kertas. Tinggalkan kira-kira 3cm benang sebelum dipotong. Tanggalkan pola
kertas. Asingkan fabrik, jangan biarkan benang-benang hujung tanggal, kemudiaan
potong benang itu.
JAHITAN SEMBAT
Ø Merupakan mata jahitan yang kukuh dan
digunakan untuk menetapkan lipatan dan kelepet pada tempatnya. Ia digunakan
untuk tepi pakaian yang perlu tahan lasak seperti ikatan pinggang, lapik di
kolar, belah, apitan kain atau kun. Mata jahitan boleh dilihat pada sebelah
luar fabrik.
Ø Jahit dari kanan ke kiri disebelah dalam
fabrik. Mulakan dengan menyucuk jarum menerusi lipatan dari kanan ke kiri dan
tarik jarum semula atas lipatan. Selitkan pangkal benang dalam lipatan.
Condongkan jarum ke sudut 30darjah ke sebelah kiri dan ambil beberapa urat
benang daripada selapis kain dan bawa beberapa urat benang di atas lipatan.
Teruskan hingga ke hujung dan patah balik semula kepada beberapa mata jahitan
ke belakang untuk mematikannya. Masukkan jarum menerusi lipatan dan potongkan
benangnya.
JAHITAN TIKAM JEJAK
Ø Sama seperti jahitan kia tetapi jarumnya
dicucuk ke belakang kira-kira 1 atau 2 urat benang fabrik.
Ø Digunakan pada tepi
bahagian pakaian yang telah dijahit lapik untuk menetapkan lapik itu. Mata
jahitan ini hampir-hampir tidak kelihatan di sebelah menyebelahnya.
Ø Ikut cara jahit kia tetapi jarumnya dicucuk ke
belakang kira-kira 1 atau 2 benang fabrik. Mata jahitan ini tidak boleh
kelihatan pada sebelah dalam pakaian. Benang dan jarum tidak menembusi lapis
yang dalam sahaja.
JAHITAN SEMBAT SUSUP
Ø
Dikenali
sebagai sembat curi.
Ø
Digunakan
untuk menjahit lipatan-lipatan di lengan baju, kelepet skirt, dan blaus serta lapik lubang lengan dan leher.
Jahit dari kanan ke
kiri disebelah dalam fabrik. Masuk jarum menerusi lipatan dan jahit satu atau dua
urat benang dan selapis fabrik di bawahnya. Kembalikan jarum ke tempat
permulaan di lipatan dan susupkan jarum ke dalam lipatan itu dari kanan ke
kiri. Ulangi langkah itu hingga ke hujung kerja. Kemudian masukkan jarum ke
dalam lipatan dan potong benang. Jarak diantara satu mata jahitan dengan mata
jahitan yang lain ialah 6mm. Matikan jahitan
ini dengan mematah balik dua atau tiga mata jahitan ke belakang dan masukkan
jarum dalam lipatan dan potong benangnya.
JAHITAN INSANG PARI
JAHITAN LUBANG BUTANG
JAHITAN SILANG PANGKAH
Ø Digunakan untuk mengelakkan tepi-tepi fabrik
dari berjerumbai contohnya tepi-tepi cadar dan kain selimut.
Ø Mata jahitan ini
dibuat dari kiri ke kanan.
JAHITAN LUBANG BUTANG
Ø Digunakan untuk menjahit lubang butang,
cangkuk dan butang katup.
Ø Jahit lubang butang
dijahit pada tepi fabrik berbulu pada 2 lapis fabrik dari kiri ke kanan.
JAHITAN SILANG PANGKAH
Ø Digunakan pada fabrik yang tidak berjerumbai
untuk melekatkan kelepet pada fabrik tebal.
Ø Mulakan dengan dua
jahit kia pada 2 lapisan fabrik atas sedikit dari tepi yang berjerumbai. Jahit
dari kiri ke kanan. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik
bawah tepi berjerumbai. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah
dibuat. Buat mata jahitan berikutnya pada 2 lapisan fabrik dan atas hujung mata
jahitan sembat yang pertama. Ujung jelujur halus mengikut cara ini
berselang-bseli dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.
JAHITAN LILIT UBI
Ø Digunakan untuk fabrik yang sederhana tebalnya
yang tidak mudah berjerumbai. Ia digunakan untuk menyambung dua keping fabrik
atau lebih misalnya menyambung keping-keping tampal cantum atau renda.
Ø Ia juga digunakan
untuk mengemaskan tepi-tepi fabrik misalnya tepi kocek tampal, kelim terus,
kelim-kelim pinggang dan lengan.
Ø Jahit dari kanan ke
kiri dengan kedudukan jarum letaknya
tegak kepada tepi fabrik dan hujung jarum menghala pada si penjahit. Akhiri
jahitan dengan membuat beberapa mata jahitan ke belakang atau tepi fabrik dan
kukuhkannya dengan jahit kia.
Sangat membantu .tq
ReplyDelete