Tuesday, 20 December 2011

FABRIK KAPAS

Kapas
- Kapas digunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis pakaian, juga sebagai bahan mentah untuk membuat layar kapal, penjilid buku, tayar kapal terbang, khemah, sumbu lilin dll.


Sumber Gentian Kapas
- Amerika Syarikat, China, Rusia, India, Mesir, Brazil, Mexico, Pakistan, Turki, Sudan, Peru.


Kaedah Perusahaan
- Pokok kapas mengeluarkan bunga merah muda,merah/putih. Apabila kelopak bunga gugur selepas beberapa hari,buah yg bulat kecil berwarna hijau akan tertinggal. ini ialah buah pokok yg mengandungi biji-biji kecil dimana gentian berfluf tumbuh. Buah kapas ini menjadi besar perlahan-lahan dan akhirnya pecah serta mengeluarkan gentian yg berupa rambut yg kusut. 
Kebaikan Fabrik Kapas
- Murah harganya dan senang didapati.
- Bersesuaian ,kukuh dan tahan lasak. Gentian kapas lebih teguh apabila basah berbanding ketika kering. Oleh itu fabrik kapas boleh direbus, dibasuh dan dibilas.
- Ia mudah menyerap pencelup dan boleh diberi pelbagai kemasan khas.
- Ia tidak mudah rosak jika terkena alkali. Oleh itu soda boleh digunakan untuk melembutkan air basuhan fabrik kapas dan untuk membersihkan fabrik kapas yg bergris.
- Ia mudah mnyerap lembapan. Oleh itu sesuai untuk dibuat pakaian.

Kelemahan Fabrik Kapas.
- Gentian kapas mempunyai sedikit kuasa pegas dan oleh itu fabrik kapas mudah renyuk kecuali jika diberi kemasan tidak renyuk.
- Ia mudah menjadi tepu dengan lembapan kecuali diberi rawatan khas,ia dikendalikan.
- Jika disimpan sewaktu masih lembap, ia mudah bertahi lalat. Pakaian daripada fabrik kapas yg hendak disimpan untuk beberapa lama hendaklah dianginkan terlebih dahulu.
- Gentian tumbuhan kapas mudah menyala dan terbakar dengan bau seperti kertas terbakar.
- Fabrik yg ditenun longgar mungkin kecut apabila dibasuh. Adakan basi apabila menjahit pakaian.

Menjaga Fabrik Kapas.
- Rendam artikel yg kotor dalam air sejuk bercampur detergen.
- Basuh fabrik kapas berwarna dalam air panas bersabun dan bilas dalam air sejuk. Jika warnanya luntur sedikit, campurkan cuka pada air membilas untuk mengurangkan kelunturannnya. 
- Fabrik kapas putih oleh direbus untuk menggelokkan lagi warnanya.
- Fabrik kapas yg tidak dirawat boleh dielokkan dengan menganjikannya sebelum menyerika. 
- Fabrik kapas boleh diseterika disebelah luar/disebelah dalam dengan menggunakan seterika panas.
- Oleh kerana fabrik kapas lebih teguh semasa basah, pakaian hendaklah ditarik untuk mendapatkan bentuk asalnya semasa ia masih lembap supaya mudah diseterika.




No comments:

Post a Comment