PENGENALAN
Blog ini dihasilkan sebagai rujukan tambahan kepada pelajar-pelajar dari institusi persekolahan dan institusi lain untuk memperolehi sedikit sebanyak mengenai dunia jahitan dari perspektif penulis.
A. BENTUK BADAN
i) Bentuk Badan Umum
a) Slender ( langsing )
~ Langsing adalah apabila tubuh badan anda kecil, mempunyai buah dada yang kecil dan pinggul/punggung ke bawah.
b) Standard and Top-Heavy ( dada besar/lebar )
~ Dada besar/lebar adalah apabila ukuran payudara adalah mendominasi bentuk badan anda kerana anda mempunyai payudara yang besar dan montok dan pinggul/punggung kecil.
c) Pear-Shape ( bentuk buah pir )
~ Bentuk buah pir adalah apabila pinggul/punggung anda atau bahagian bawah badan anda mendominasi bentuk badan anda dengan buah payudara kecil.
d) Curvaceous ( montok )
~ Montok adalah apabila anda mempunyai bentuk badan seperti jam kaca masa iaitu mempunyai payudara yang besar dan pinggul/punggung yang juga besar.
e) Apple-Shape ( bentuk epal )
~ Bentuk epal adalah apabila anda tidak mempunyai pinggang (bentuk pinggang tidak kelihatan ) dan mempunyai perut yang besar/bulat.