Tuesday, 20 December 2011

MATA JAHITAN


JAHITAN KIA

Ø  Digunakan  memula dan menyudahkan jahitan tangan yang tetap di pakaian.

Ø  Mata jahitan sangat kukuh dan rapat serta boleh menggantikan jahitan mesin.

Ø  Jahit dari kanan ke kiri dan mulakan jahitan pertama seperti jelujur halus. Bawa jarum balik ke mata jahitan pertama dan kemudian bawa ke hadapan semula. Ulang mata-mata jahitan ini tetapi tentukan sudut-sudut di sebelah dalam akan bertindih pada arah yang sama seperti jahitan batang.

JAHITAN JELUJUR HALUS

Ø  Ukuran mata jahitan 2mm hingga 5mm.

Ø  Digunakan untuk mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan,dan keruk leher dll.

Ø  Mulakan dengan mata jahitan kia dan jahit dari kanan ke kiri. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

JAHITAN JELUJUR KASAR

Ø  Digunakan untuk menandakan garisan pola di pakaian, menunjukkan tempat misalnya melekatkan kocek, menentukan tempat lipatan fabrik serta bahagian-bahagian pakaian sebelum dijahit.

Ø  Jelujur kasar panjangnya 5mm hingga 1.25mm.

Ø  Mulakan dengan jahitan kia dan jahit dari kanan ke kiri. Panjang jelujur kira-kira 1cm pada sebelah dan 5mm pada sebelah lagi. Matika dengan jahitan kia.

Ø  Jelujur kasar ialah jahitan sementara.

JAHITAN JELUJUR PANJANG PENDEK

Ø  Digunakan untuk menanda garisan untuk jahitan.

Ø  Ia lebih sesuai dan kukuh untuk fabrik yang lembut dan licin.

Ø  Mulakan dengan jahitan kia, dari kanan ke kiri. Jahit 2 mata jahitan kira-kira 5mm panjang sekaligus kemudian satu mata jahitan panjang kira-kira 1cm. matikan jahitan dengan jahit kia.

Ø  Jelujur kasar ialah jahitan sementara.

JAHITAN JELUJUR TEGAK

Ø  Mata jahitan ini juga dikenali sebagai jelujur serong.

Ø  Digunakan untuk menetapkan beberapa lapisan fabrik supaya betul-betul rata misalnya membuat kolar, ikatan pinggang mahupun untuk menetapkan interfacing lining dan kapas untuk membuat jaket.

Ø  Letakkan fabrik yang dijahit atas permukaan. Jelujur dengan tidak payah diangkat fabrik. Gunakan untuk menetapkan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betul-betul rata.


JAHITAN TANDA

Ø  Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola pada bahagian  pakaian yang berlapis dua atau lebih dengan tepat.

Ø  Mulakan dengan 2 lembar benang di jarum dan jahit satu mata jahitan melalui bentuk kertas dan 2 lapisan fabrik jahitan. Patah balik jahit ke belakang tetapi jangan ditarik benang tegang-tegang. Tinggalkan satu gelung dan cucuk jarum keluar ke pola kertas. Tinggalkan kira-kira 3cm benang sebelum dipotong. Tanggalkan pola kertas. Asingkan fabrik, jangan biarkan benang-benang hujung tanggal, kemudiaan potong benang itu.


JAHITAN SEMBAT

Ø  Merupakan mata jahitan yang kukuh dan digunakan untuk menetapkan lipatan dan kelepet pada tempatnya. Ia digunakan untuk tepi pakaian yang perlu tahan lasak seperti ikatan pinggang, lapik di kolar, belah, apitan kain atau kun. Mata jahitan boleh dilihat pada sebelah luar fabrik.

Ø  Jahit dari kanan ke kiri disebelah dalam fabrik. Mulakan dengan menyucuk jarum menerusi lipatan dari kanan ke kiri dan tarik jarum semula atas lipatan. Selitkan pangkal benang dalam lipatan. Condongkan jarum ke sudut 30darjah ke sebelah kiri dan ambil beberapa urat benang daripada selapis kain dan bawa beberapa urat benang di atas lipatan. Teruskan hingga ke hujung dan patah balik semula kepada beberapa mata jahitan ke belakang untuk mematikannya. Masukkan jarum menerusi lipatan dan potongkan benangnya.


JAHITAN TIKAM JEJAK

Ø  Sama seperti jahitan kia tetapi jarumnya dicucuk ke belakang kira-kira 1 atau 2 urat benang fabrik.

Ø  Digunakan pada tepi bahagian pakaian yang telah dijahit lapik untuk menetapkan lapik itu. Mata jahitan ini hampir-hampir tidak kelihatan di sebelah menyebelahnya.

Ø   Ikut cara jahit kia tetapi jarumnya dicucuk ke belakang kira-kira 1 atau 2 benang fabrik. Mata jahitan ini tidak boleh kelihatan pada sebelah dalam pakaian. Benang dan jarum tidak menembusi lapis yang dalam sahaja.


JAHITAN SEMBAT SUSUP

Ø  Dikenali sebagai sembat curi.

Ø  Digunakan untuk menjahit lipatan-lipatan di lengan baju, kelepet skirt, dan blaus  serta lapik lubang lengan dan leher.
Jahit dari kanan ke kiri disebelah dalam fabrik. Masuk jarum menerusi lipatan dan jahit satu atau dua urat benang dan selapis fabrik di bawahnya. Kembalikan jarum ke tempat permulaan di lipatan dan susupkan jarum ke dalam lipatan itu dari kanan ke kiri. Ulangi langkah itu hingga ke hujung kerja. Kemudian masukkan jarum ke dalam lipatan dan potong benang. Jarak diantara satu mata jahitan dengan mata jahitan yang lain ialah  6mm. Matikan jahitan ini dengan mematah balik dua atau tiga mata jahitan ke belakang dan masukkan jarum dalam lipatan dan potong benangnya.
JAHITAN INSANG PARI

Ø  Digunakan untuk mengelakkan tepi-tepi fabrik dari berjerumbai contohnya tepi-tepi cadar dan kain selimut.

Ø  Mata jahitan ini dibuat dari kiri ke kanan.

JAHITAN LUBANG BUTANG

Ø  Digunakan untuk menjahit lubang butang, cangkuk dan butang katup.

Ø  Jahit lubang butang dijahit pada tepi fabrik berbulu pada 2 lapis fabrik dari kiri ke kanan.

JAHITAN SILANG PANGKAH

Ø  Digunakan pada fabrik yang tidak berjerumbai untuk melekatkan kelepet pada fabrik tebal.

Ø  Mulakan dengan dua jahit kia pada 2 lapisan fabrik atas sedikit dari tepi yang berjerumbai. Jahit dari kiri ke kanan. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik bawah tepi berjerumbai. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah dibuat. Buat mata jahitan berikutnya pada 2 lapisan fabrik dan atas hujung mata jahitan sembat yang pertama. Ujung jelujur halus mengikut cara ini berselang-bseli dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.

JAHITAN LILIT UBI


Ø  Digunakan untuk fabrik yang sederhana tebalnya yang tidak mudah berjerumbai. Ia digunakan untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih misalnya menyambung keping-keping tampal cantum atau renda.
Ø  Ia juga digunakan untuk mengemaskan tepi-tepi fabrik misalnya tepi kocek tampal, kelim terus, kelim-kelim pinggang dan lengan.
Ø  Jahit dari kanan ke kiri dengan kedudukan jarum  letaknya tegak kepada tepi fabrik dan hujung jarum menghala pada si penjahit. Akhiri jahitan dengan membuat beberapa mata jahitan ke belakang atau tepi fabrik dan kukuhkannya dengan jahit kia. 

1 comment: