Saturday, 17 December 2011

ALAT-ALAT JAHITAN

A. ALAT MENGUKUR
i) Pita Ukur
~ Digunakan untuk mengambil ukuran badan dan mengukur garisan lengkung pada pola. Boleh juga dijadikan ruler apabila merenggangkannya.
ii) Pembaris Meter
 ~ Digunakan untuk membuat garisan lurus pada pola atau untuk melakar pola di atas kain. Biasanya berukuran 100cm/1m.
iii) Sesiku L
~ Digunakan untuk membuat garisan bersudut tepat semasa membuat pola.
iv) Pembaris Lengkung
~ Digunakan untuk membuat garisan-garisan dileher, lengan dan cawat seluar.
B. ALAT MEMOTONG
i)  Gunting
~ Gunting ada pelbagai jenis dan ukuran. Untuk jahitan, gunting berukuran 20-25cm digunakan untuk memotong fabrik. Gunting yang digunakan untuk memotong bahan-bahan yang berlainan hendaklah juga berlainan. Contohnya gunting yang digunakan untuk memotong fabrik tidak boleh digunakan untuk memotong kertas pola dan sebaliknya. Ini adalah untuk menmelihara ketajaman gunting-gunting tersebut.
a) Gunting Lubang Butang
~Direka untuk menebuk lubang butang dengan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki. Panjang lubang butang dikawal oleh skru yang terdapat pada gunting ini. Panjang gunting ialah 6-8cm.
b) Gunting Bergerigi(pinking shears)
~ Mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan menggelakkannya dari berjerumbai. Panjang gunting diantara 14-25cm. Lebih panjang mata, lebih tajam giginya.
c) Gunting Memotong Kelim dan Benang (machinist's Shears)
~ Gunting yang sesuai ialah yang panjangnya 15cm. Sebelum membeli gunting untuk kegunaan memotong kelim dan benang ini, elok diuji dengan memotong 2 lembar kain dahulu. Gunakan sepanjag-panjang mata. Jika benang-benang fabrik tidak terputus, ini bermakna gunting tersebut tidak bagus.
d) Cara menjaga guting
~ Selalu tutup mata gunting apabila tidak digunakan.
~ Elak gunting dari terkena api atau terjatuh ( mengelakkan gunting kehilangan kuasa magnet yang menyebabkan ia tumpul/patah)
~ Jangan gunakan gunting yang dikhaskan untuk menggunting fabrik untuk menggunting kertas kerana akan menyebabkan ianya tumpul.
~ Gunting perlu sentiasa kering dan diletakkan minyak pada sendinya untuk mengelakkan gunting dari berkarat.
e) Mesin Memotong
~ Digunakan untuk memotong fabrik yang berlapis-lapis setebal 10cm. Dijalankan dengan menggunakan kuasa elektrik dan selalunya digunakan di kilang-kilang.
f) Drill Fabrik
~ Digunakan untuk menebuk tanda-tanda imbangan pada fabrik yang banyak lapisnya. Menggunakan kuasa elektrik untuk menjalankannya.
g) Penetas (Ripper)
~ Terdapat dalam pelbagai saiz berukuran 8-16cm. Pemegangnya dibuat dari plastik dan matanya dri keluli. Pisaunya terletak diantara cokeng-cokeng dimana satu daripadanya tajam dihujung dan satu lagi bulat dihujung.
~ Penetas digunakan untuk membuka mata-mata jahitan dan menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.
h) Penyepit fabrik
~ Alat ini digunakan untuk menyamakan tepi-tepi dan lipatan-lipatan fabrik apabila membuat persediaan sebelum memotong terutama untuk fabrik banyak lapisannya.
C. ALAT MENANDA
i) Kapur Tukang Jahit ( tailor chalk )
~ Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabangdan lain-lain garisan pola daripada kertas pola ke fabrik.Tanda-tanda boleh dihilangkan dengan mudah apabila mencuci pakaian.
~ Boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu putih, hitam, merah, biru dan kuning. Kapur ini berukuran 6cm terdapat dalam bentuk 3 segi atau 4 segi.
ii) Kapur tukang Jahit ( Tailor's Chalk )
~ Berukuran 6 cm dan berbentuk 4 segi.
~ Boleh menggantikan kapur untuk menandakan garisan-garisan pola.
~ Lilin boleh digunakan untuk mengukuhkan benang jika dilurut pada benang yang reput setelah dilurut diseterika supaya lilin melekat kukuh pada benang itu.
iii) Kertas Karbon ( Dressmaker's Carbon Papers )
~ Dijual dalam sampul yang mengandungi warna putih, kuning, merah, biru dan hijau.
~ Tanda-tanda di fabrik yg menggunakan kertas karbon akan hilang apabila dibasuh.
~ Gunakan warna kertas karbon yg paling dekat dengan warna fabrik.
~ Apabila menjahit fabrik yang nipis dan jarang, jangan tekan sangat roda surih kerana akan meninggalkan kesan pada fabrik.
iv) Pensel Penanda ( Tailor's Marking Pencil )
~ Pensel penanda boleh digunakan sebagai ganti kapur tukang jahit atau kertas karbon. 
~ Boleh didapati dalam warna putih, merah jambu ( samar ) dan biru muda.
v) Roda Surih ( Tracing Wheels )
~ Boleh didapati dalam 3 bentuk.
~ Mempunyai mata seperti duri digunakan untuk fabrik-fabrik yg tebal, mata seperti bergerigi untuk fabrik-fabrik nipis dan yg licin boleh digunakan untuk semua jenis fabrik.
~ Digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.
~ Roda surih hendaklah diperbuat daripada keluli.



No comments:

Post a Comment