Tuesday, 20 December 2011

BAJU KURUNG TRADISIONAL


FABRIK LINEN

FABRIK LINEN
~ Benang dikeluarkan daripada dalam batang pokok fleks dimana ia berbentuk licin, teguh, tidak berfluf yg melekat bersama gam asli.
~ Selalu digunakan untuk kanvas angkatan tentera laut dan industri kerana ia lebih teguh ketika basah dan juga alas meja dan kain pengesat gelas, fabrik untuk sulaman halus dan fabrik untuk pakaian.

SUMBER FLEKS
~ Negara Rusia, Poland, Belgium, Perancis dan Belanda.

KEBAIKAN FABRIK LINEN
~ Gentian linen amat teguh walaupun ia lebih rapuh dari gentian kapas. Ia lebih teguh semasa basah daripada semasa kering.
~ Ia licin apabila dipegang, oleh itu sejuk untuk dipakai kerana tiada udara hangat terperangkap.
~ Ia tidak mudah kotor.
~ Ia menyerap lembapan dengan baik; lebih baik dari gentian kapas tetapi tidak begitu baik seperti gentian benang bulu biri-biri. Ia sesuai untuk pakaian dalam dll.
~ Permukaan fabrik linen tidak berfluf selepas beberapa kali dibasuh dan digosok.
~ Ia tahan jika terkena haba yg tinggi dan tidak rosak jika terkena alkali, oleh itu fabrik linen boleh direbus, dibasuh dalam air bersoda dengan diseterika yg panas.
~ Ia mempunyai cahaya semulajadi dan tidak mudah kelihatan buruk.
~ Ia tidak dimakan gegat.

KELEMAHAN FABRIK LINEN
~ Fabrik linen mempunyai sedikit kuasa pegas dan oleh itu mudah renyuk kecuali diberi kemasan khas untuk mendapatkan fabrik tak renyuk.
~ Harganya mahal.
~ Oleh kerana daging fabrik licin, fabrik yg ditenun longgar mudah berjerumbai.
~ Ia bertahi lalat jika disimpan di tempat yg tidak berangin semasa ia masih lembap.
~ Ia mudah terbakar.
~ Ia tidak mudah menyerap pencelup.
~ Ia mudah dirosakkan oleh asid.

MENjAGA FABRIK LINEN
~ Kebanyakkan fabrik linen boleh dibasuh dengan air panas, sabun keras dan soda jika perlu iaitu pada pakaian yg bergris.
~ Fabrik linen yg berubah warna boleh diluntur ( dengan peluntur klorin )jika perlu tetapi jika dibasuh dengan elok dan dijemur fabrik linen putih akan sentiasa berwarna putih.
~ Bilas sempurna dengan air sejuk.
~ Kanji jika perlu - fabrik linen yg elok tidak perlu dikanji.
~ Seterika disebelah dalam ( kecuali rupa bergris dikehendaki ) dengan seterika panas semasa masih lembab.
~ Gulung peranggu alas meja sebelum menyimpannya supaya ia tidak meninggalkan kesan lipatan yg akan menjadi kuning.


CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN

LANGKAH 1
- ukuran bahu

LANGKAH 2
- ukuran dada

LANGKAH 3
- ukuran pinggang

LANGKAH 4
- ukuran punggung

LANGKAH 5
- ukuran labuh baju

LANGKAH 6
- ukuran labuh lengan

LANGKAH 7
- ukuran luas tangan bahagian atas

LANGKAH 8
- ukuran luas tangan bahagian bawah

LANGKAH 9
- ukuran labuh kain
*NOTA EHSAN JEZZEMINE COUTURE

KAEDAH MENGUKUR BADAN WANITA

1. Labuh Baju
~ Ukuran diambil dari pangkal leher melalui puncak dada sehingga ke ukuran labuh baju yg dikehendaki. Seeloknya 2.5-5cm dari paras lutut.

2. Lebar Bahu
~ Ukuran diambil dari sisi kiri ke sisi kanan.
~ Daripada ukuran bahu, ukuran diambil terus sehingga ke labuh lengan yg dikehendaki.
~ Tujuan adalah untuk mengelakkan berlakunya lebihan ukuran yg menyebabkan lengan menjadi labuh dan si pemakai terpaksa melipat tangan baju.

3. Panjang Lengan/Lengan
~ Ukuran diambil terus daripada ukuran bahu ke lengan. Seeloknya 2.5cm dari paras buku lengan. Hasilnya ditolak dengan lebar bahu.

4. Keliling Lengan/Lebar Lengan
~ Ukuran ini biasanya diambil untuk membuat kaf tangan pada lengan baju kemeja, jubah dan sebagainya. 
~ Ukuran diambil dengan mengukur keliling tangan dan memberi kelonggaran sekurang-kurangnya dapat memasukkan 2 jari.

5. Keliling Dada
~ Ukuran diambil pada keliling dada yg mengenai paras paling tinggi di dada atau dikenali sebagai
puncak dada.

6. Jarak Puncak ke Puncak Dada  
~ Ukuran diambil dengan meletakkan pita ukuran di atas sedikit dari puncak.
~ Diukur dari puncak dada kanan ke puncak dada kiri.

7. Mercu Dada
~ Ukuran dari bahu hadapan ke puncak dada.

8. Keliling Pinggang
~ Ukuran diambil disekeliling pinggang yg sebenar dengan melilit pita ukur pada bahagian paling genting pada badan.

9. Keliling Punggung
~ Ukuran diambil disekeliling paras punggung yg paling tinggi/paling lebar.

10. Bahu ke Pinggang
~ Ukuran dari tengkuk belakang hingga ke paras pinggang.

11. Bahu ke Punggungb (pinggang ke punggung)
~ Ukuran dari tengkuk belakang hingga ke paras punggung.

12. Labuh Kain
~ Ukuran pada sisi badan dari paras pinggang sehingga ke labuh kain yg dikehendaki, seeloknya paras tapak kaki tanpa kasut.

MATA JAHITAN


JAHITAN KIA

Ø  Digunakan  memula dan menyudahkan jahitan tangan yang tetap di pakaian.

Ø  Mata jahitan sangat kukuh dan rapat serta boleh menggantikan jahitan mesin.

Ø  Jahit dari kanan ke kiri dan mulakan jahitan pertama seperti jelujur halus. Bawa jarum balik ke mata jahitan pertama dan kemudian bawa ke hadapan semula. Ulang mata-mata jahitan ini tetapi tentukan sudut-sudut di sebelah dalam akan bertindih pada arah yang sama seperti jahitan batang.

JAHITAN JELUJUR HALUS

Ø  Ukuran mata jahitan 2mm hingga 5mm.

Ø  Digunakan untuk mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan,dan keruk leher dll.

Ø  Mulakan dengan mata jahitan kia dan jahit dari kanan ke kiri. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

JAHITAN JELUJUR KASAR

Ø  Digunakan untuk menandakan garisan pola di pakaian, menunjukkan tempat misalnya melekatkan kocek, menentukan tempat lipatan fabrik serta bahagian-bahagian pakaian sebelum dijahit.

Ø  Jelujur kasar panjangnya 5mm hingga 1.25mm.

Ø  Mulakan dengan jahitan kia dan jahit dari kanan ke kiri. Panjang jelujur kira-kira 1cm pada sebelah dan 5mm pada sebelah lagi. Matika dengan jahitan kia.

Ø  Jelujur kasar ialah jahitan sementara.

JAHITAN JELUJUR PANJANG PENDEK

Ø  Digunakan untuk menanda garisan untuk jahitan.

Ø  Ia lebih sesuai dan kukuh untuk fabrik yang lembut dan licin.

Ø  Mulakan dengan jahitan kia, dari kanan ke kiri. Jahit 2 mata jahitan kira-kira 5mm panjang sekaligus kemudian satu mata jahitan panjang kira-kira 1cm. matikan jahitan dengan jahit kia.

Ø  Jelujur kasar ialah jahitan sementara.

JAHITAN JELUJUR TEGAK

Ø  Mata jahitan ini juga dikenali sebagai jelujur serong.

Ø  Digunakan untuk menetapkan beberapa lapisan fabrik supaya betul-betul rata misalnya membuat kolar, ikatan pinggang mahupun untuk menetapkan interfacing lining dan kapas untuk membuat jaket.

Ø  Letakkan fabrik yang dijahit atas permukaan. Jelujur dengan tidak payah diangkat fabrik. Gunakan untuk menetapkan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betul-betul rata.


JAHITAN TANDA

Ø  Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola pada bahagian  pakaian yang berlapis dua atau lebih dengan tepat.

Ø  Mulakan dengan 2 lembar benang di jarum dan jahit satu mata jahitan melalui bentuk kertas dan 2 lapisan fabrik jahitan. Patah balik jahit ke belakang tetapi jangan ditarik benang tegang-tegang. Tinggalkan satu gelung dan cucuk jarum keluar ke pola kertas. Tinggalkan kira-kira 3cm benang sebelum dipotong. Tanggalkan pola kertas. Asingkan fabrik, jangan biarkan benang-benang hujung tanggal, kemudiaan potong benang itu.


JAHITAN SEMBAT

Ø  Merupakan mata jahitan yang kukuh dan digunakan untuk menetapkan lipatan dan kelepet pada tempatnya. Ia digunakan untuk tepi pakaian yang perlu tahan lasak seperti ikatan pinggang, lapik di kolar, belah, apitan kain atau kun. Mata jahitan boleh dilihat pada sebelah luar fabrik.

Ø  Jahit dari kanan ke kiri disebelah dalam fabrik. Mulakan dengan menyucuk jarum menerusi lipatan dari kanan ke kiri dan tarik jarum semula atas lipatan. Selitkan pangkal benang dalam lipatan. Condongkan jarum ke sudut 30darjah ke sebelah kiri dan ambil beberapa urat benang daripada selapis kain dan bawa beberapa urat benang di atas lipatan. Teruskan hingga ke hujung dan patah balik semula kepada beberapa mata jahitan ke belakang untuk mematikannya. Masukkan jarum menerusi lipatan dan potongkan benangnya.


JAHITAN TIKAM JEJAK

Ø  Sama seperti jahitan kia tetapi jarumnya dicucuk ke belakang kira-kira 1 atau 2 urat benang fabrik.

Ø  Digunakan pada tepi bahagian pakaian yang telah dijahit lapik untuk menetapkan lapik itu. Mata jahitan ini hampir-hampir tidak kelihatan di sebelah menyebelahnya.

Ø   Ikut cara jahit kia tetapi jarumnya dicucuk ke belakang kira-kira 1 atau 2 benang fabrik. Mata jahitan ini tidak boleh kelihatan pada sebelah dalam pakaian. Benang dan jarum tidak menembusi lapis yang dalam sahaja.


JAHITAN SEMBAT SUSUP

Ø  Dikenali sebagai sembat curi.

Ø  Digunakan untuk menjahit lipatan-lipatan di lengan baju, kelepet skirt, dan blaus  serta lapik lubang lengan dan leher.
Jahit dari kanan ke kiri disebelah dalam fabrik. Masuk jarum menerusi lipatan dan jahit satu atau dua urat benang dan selapis fabrik di bawahnya. Kembalikan jarum ke tempat permulaan di lipatan dan susupkan jarum ke dalam lipatan itu dari kanan ke kiri. Ulangi langkah itu hingga ke hujung kerja. Kemudian masukkan jarum ke dalam lipatan dan potong benang. Jarak diantara satu mata jahitan dengan mata jahitan yang lain ialah  6mm. Matikan jahitan ini dengan mematah balik dua atau tiga mata jahitan ke belakang dan masukkan jarum dalam lipatan dan potong benangnya.
JAHITAN INSANG PARI

Ø  Digunakan untuk mengelakkan tepi-tepi fabrik dari berjerumbai contohnya tepi-tepi cadar dan kain selimut.

Ø  Mata jahitan ini dibuat dari kiri ke kanan.

JAHITAN LUBANG BUTANG

Ø  Digunakan untuk menjahit lubang butang, cangkuk dan butang katup.

Ø  Jahit lubang butang dijahit pada tepi fabrik berbulu pada 2 lapis fabrik dari kiri ke kanan.

JAHITAN SILANG PANGKAH

Ø  Digunakan pada fabrik yang tidak berjerumbai untuk melekatkan kelepet pada fabrik tebal.

Ø  Mulakan dengan dua jahit kia pada 2 lapisan fabrik atas sedikit dari tepi yang berjerumbai. Jahit dari kiri ke kanan. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik bawah tepi berjerumbai. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah dibuat. Buat mata jahitan berikutnya pada 2 lapisan fabrik dan atas hujung mata jahitan sembat yang pertama. Ujung jelujur halus mengikut cara ini berselang-bseli dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.

JAHITAN LILIT UBI


Ø  Digunakan untuk fabrik yang sederhana tebalnya yang tidak mudah berjerumbai. Ia digunakan untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih misalnya menyambung keping-keping tampal cantum atau renda.
Ø  Ia juga digunakan untuk mengemaskan tepi-tepi fabrik misalnya tepi kocek tampal, kelim terus, kelim-kelim pinggang dan lengan.
Ø  Jahit dari kanan ke kiri dengan kedudukan jarum  letaknya tegak kepada tepi fabrik dan hujung jarum menghala pada si penjahit. Akhiri jahitan dengan membuat beberapa mata jahitan ke belakang atau tepi fabrik dan kukuhkannya dengan jahit kia. 

CARA MEMBUANG KESAN TANDA PADA FABRIK


KESAN DARAH, TELUR & SUSU
- Rendam beberapa jam di dalam air sejuk yg telah dicampurkan dengan garam (1 camca besar kepada 1/2 liter air). Bilas. Sekiranya fabrik itu tidak ada apa-apa campuran lain, bolehlah direbus. Kesan tanda darah baru selalunya boleh dibuang dengan menyapukan campuran kanji dan air ditempat terkena darah. Biarkan beberapa minit dan kemudian basuh bersih. Jika tanda tidak hilang, lembutkan ia dengan campuran minyak kastor ke dalam air suam.
KESAN TEH, KOPI & KOKO
- Cuci dengan segera untuk mengelakkan ia bertanda. Tuangkan air mendidih ke atas tanda daripada sebelah dalam. Jika tanda masih degil, tutupkan dengan sabun di atas tanda dan biarkan selama sejam sebelum dibasuh. 
KESAN JUS BUAH-BUAHAN
- Tanda baru diatas kain putih hendaklah direnggangkan di atas mulut cawan/mangkuk. Letakkan garam diatas tanda itu. Curahkan air mendidih diatas tanda, bilas bersih. Jika tanda telah kering, renggangkan bahagian yg bertanda itu diatas mulut cawan/mangkuk. Gosokkan salt of lemon/limau yg dicampur garam. Gunakan sudu plastik kerana logam akan bertanda. Jiruskan air mendidih. Kemudian jiruskan larutan lembut amonia/gosokkan soda bikarbonat untuk menyebatikan asid. Basuh, rebus dan bilas. Untuk fabrik kapas yg berwarna, letakkan ped dibawah tandadan gosokkan  gliserin. Rendam dalam air suamdengan mengcampurkan 1sudu kecil borox bagi tiap-tiap 1/2 liter air. Basuh dan bilas bersih. 
KESAN DAKWAT
- Letakkan dibawah air mengalir untuk mengeluarkan seberapa banyak dakwat yg boleh. Untuk tanda dakwat yg telah kering, letakkan ped dibawah tanda. Sapukan jus limau dan garam, biarkan beberapa jam. Ulang beberapa kali sehingga tanda itu keluar. Basuh/rebus. Jika tanda tidak keluar, gunakan salt of lemon /asid oksalik dan sebatikan dengan soda bikarbonat/larutan amonia yg lembut. 
KESAN BALL-PEN
- Letakkan ped dibawah tanda dan dengan menggunakan span,sapukan methylated spirit, benzin, karbon tetra klorin/trichlorethylene. Basuh/rebus dan bilas bersih. Jika tanda tidak hilang, rendam dalam larutan 1 sudu kecil pemutih hiposulfita bagi tiap-tiap 1/2 liter air suam.
KESAN TANDA RUMPUT
- Sapukan dengan spirit ( mudah terbakar ) hingga warna hijau hilang.
KESAN TANDA HANGUS
- Punca tanda hangus adalah disebabkan oleh haba kering. Basahkan bahagian itu dan sapukan sabun ke atas tand. Letakkan di bawah matahari untuk melunturkannya. Ulang sekali lagi hinggalah bekas hangus itu hilang. 
KESAN TAHI LALAT/KULAT
- Jika baru, cuci dalam air sejuk. Sapu dengan sabun keseluruhan bahagian yg bertanda dan letakkan di bawah cahaya matahari. Ulang sekali lagi jika perlu. Untuk kulat yg masih tidak keluar, rendam dalam campuran peluntur yg lemah/campuran hidrogen peroksida ( 1 camca besar hidrogen peroksida ke dalam 6 camca air ( beracun) ).
KESAN KARAT
- Ubat tanda karat dengan menyapukan limau diseluruh tanda dan lunturkan dibawah cahaya matahari. Cara yg lain ialah meletakkan salt of lemon diseluruh tanda kering dan tuangkan air mendidih kepadanya. Jika tanda-tanda menutupi bahagian yg besar, rendamkan ke dalam campuran asid oksalik.
KESAN LILIN
- Kikiskan seberapa banyak yg boleh dengan pisau tumpul. Letakkan tanda diantara kertas dan seterika dengan sentiasa mengubah kertas supaya dapat meresap lilin yg cair.
KESAN MINYAK & LEMAK
- Rendam dalam air panas bersabun untuk meresapkan minyak/lemak yg berlebihan. Cuci fabrik yg sesuai dengan buih sabun  yg banyak dan air panas. Letakkan tanda diatas kertas yg bersih dan sapukan tanda dengan minyak tanah. Cuci daripada luar tanda ke tengah hinggalah tanda hilang.
KESAN CAT
- Kikiskan seberapa banyak cat yg boleh dan sapu dengan minyak turpetin. Buangkan tanda turpetin dengan minyak tanah.
KESAN CAT MINYAK
- Letakkan ped/kertas lap yg tebal di bawah tanda. Dengan menggunakan span, letakkan parafin/turpetin. Gosokkan. Basuh dengan bahan pencuci dan bilas bersih.
KESAN CAT KUKU & CAT SELULOSA
- Gosokkan dengan aseton dengan menggunkan span. Basuh dan bilas bersih. Jika cat sudah kering,rendamkan dengan methylated spirit, kemudian barulah dibasuh dan dibilas.
 
 




GENTIAN POLIESTER, AKRILIK, GETAH, & KACA

POLIESTER
Merupakan fabrik ciptaan baru dalam bidang tenun fabrik. Ia diperbuat daripada hasil petroleum. Kebanyakkannya dicampur dengan benang kapas ( 35% kapas + 65% tetoron ) untuk memperelokkan lagi mutunya tapi menurunkan lagi harganya.
Contoh-contoh
Terylene - Gentian pertama (1941) hasil campuran petrolium+glikol+asid tereftalik dan boleh dibuat   dalam pelbagai bentuk. 


AKRILIK
Daripada semua gentian buatan ,gentian akrilik berupa hampir sama dengan bulu biri-biri kerana ia lembut dan hangat apabila dipegang.
Contoh-contoh
1. Orlon ialah gentian akrilik yg pertama, yg telah dibuat di Amerika Syarikat dan diikuti oleh Britain yg mengeluarkan Acrilan  dan Courtelle. 


Courtelle merupakan bahan kimia akrilonitril yg dibuat daripada hasil petroleum/gas asli. Ia dibuat sebagai gentian staple di Britain sahaja dan boleh dicampur dengan sebatian gentian bulu biri-biri dan kadang-kadang gentian kapas.
2. Modakrilik merupakan kumpulan fabrik yg mempunyai ciri-ciri akrilik tetapi mempunyai satu sifat tambahan iaitu ia tidak menyala. Ia berlainandaripada fabrik buatan yg lain dan tidak mencair/terjatuh jika terkena api.


GETAH
Contoh : Latex
Sifatnya : Memberi/memeri. Digunakan untuk bengkung dan pakaian mandi. Sangat kukuh.
Teknik menjahit : Ketegangan benang hendaklah sesuai untuk mengelakkan kelim berkedut. Elakkan dari tetas selalu. Gunakan gunting tajam ,benang yg baikseperti nilon/terylene. Jangan ditarik fabrik ketika menjahit . Penjagaan : Gosok dari bahagian dalam.


KACA
Contoh : Kaca Fibrika ( fibreglass )
Sifat : Tidak mudah luntur dan sesuai untuk kain-kain langsir. Tahan api ( fiber proof ) tidak berkedut, memeri/mengecut.
Teknik menjahit : Uji dahulu kia dan ketegangan benang. Gunakan benang dan merserais, kia panjang dan kendur sedikit, jarum tajam dan tekanan sederhana. Kain lapik ( lining )hendaklah dari gentian kaca fibrika juga.
Penjagaan : Jangan cuci kering /menggunakan mesin pencuci. Jangan diberus. Bilas bersih. Gantung pada tali/batang untuk mengeringkannya. Jangan gunakan penyepit.

FABRIK NILON


CONTOH FABRIK NILON
~ Satin, net, jersi, kait longsin, nilon purf, seersucker dan phsse.


KEBAIKAN FABRIK NILON
~ Ia sangat teguh ketika kering.
~ Ia hampir teguh ketika basah.
~ Ia mempunyai kuasa kekenyalan dan kepegasan yg baik, oleh itu tidak mudah renyuk.
~ Ia sangat licin dan tidak menjadi kasar apabila digesel.
~ Ia tidak kecut.


KELEMAHAN FABRIK NILON
~ Nilon tidak menyerap lembapan. Oleh itu tidak berapa sesuai untuk dijadikan baju dalam kecuali fabrik yg mempunyai tenunan longgar yg membiarkan udara lalu dan menggelakkan penyejatan.
~ Ia amat licin untuk dikendalikan dan  mudah berjerumbai.
~ Ia bukan penebat haba dan oleh itu panas untuk dipakai kecuali jika ditenun longgar.
~ Haba merosakkannya-apabila terbakar benang cairnya melekat pada kulit dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan susah mencucinya dan merawatnya.
~ Lama-kelamaan nilon putih akan berubah menjadi kuning atau kelabu.


MENJAGA NILON
~ Baca label yg ada pada fabrik untuk arahan khas.
~ Basuh dalam air suam bersabun dan bilas hingga bersih.
~ Seterika disebelah dalam dengan menggunakan seterika yg hampir hangat. Jika boleh, uji suhu seterika yg betul pada perca fabrik.
~ Jangan keringkan fabrik diatas/dihadapan haba.
~ Gulung fabrik di dalam tuala untuk mengeluarkan lembapan yg berlebihan dan keringkannya betul-betul dalam udara.